Saturday, 20 June 2015

Selamat Datang Ke Blog SPBT SMK Sri Perhentian

SELAMAT DATANG KE SPBT 

SMK SRI PERHENTIAN

Pengenalan


     Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

     Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

    Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

    Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

    Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :
  •     Rak buku
  •     Meja dan kerusi
  •     Kipas
  •     Alat Pemadam Api
  •     Kawalan haiwan/serangga perosak
  •     Kabinet/almari fail
  •     Papan kenyataan
  •     Kaunter
  •     Peti Kecemasan

Sejarah Penubuhan


Pada tahun 2007 hingga 2011, Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) ini di bawah seliaan En. Mohd Chasman sebelum diambil alih oleh Pn. Nur Hidayah Lim binti Abdullah. Pada pertengahan tahun 2014, penyeliaan bilik  ini telah diamanahkan kepada Pn Norzila binti Nasir sehingga kini . Pengurusan BOSS diterajui oleh lima orang guru dan dibantu oleh 20 orang ahli kelab SPBT. Para guru dan ahli kelab telah memberi komitmen yang tinggi dalam membantu menguruskan perjalanan dan kelancaran BOSS ini agar sentiasa cemerlang dan komited seterusnya mampu memartabatkan buku teks.


          BOSS SMK Sri Perhentian pada awalnya bertempat di tingkat 1 blok B berhadapan dengan pejabat sekolah. Namun, menjelang bulan Mac 2012, BOSS telah berpindah ke blok D iaitu makmal lama yang tidak digunakan lagi atas alasan bilik yang lama agak sempit dan kecil. Walaubagaimanapun,pada pertengahan tahun 2014, bilik ini telah bertukar tempat ke bangunan baru atas tujuan memudahkan penghantaran dan pemulangan buku-buku teks dan berdekatan dengan jalan besar. Bilik ini menjadi bilik operasi SPBT yang baharu dan pada masa yang sama, keceriaan, keselesaan dan kebersihan bilik ini ditingkatkan demi mewujudkan suasana BOSS yang kondusif lagi dinamik.

No comments:

Post a Comment